LANGKAH ke KEGEMILANGAN

Kelab Kemahiran Hidup(KKH) merupakan sebuah kelab yang hanya berusia 3 tahun. Dia masih seorang bayi, sedang belajari berjalan,memakan,meminum,mandi sendiri...... Dia hanya seorang bayi yang tidak dikenali oleh orang lain. Walaupun demikian, dia masih boleh menarik perhatian orang ramai dengan secara tidak langsung. Pelajar SMJK Chan WA memang begitu hairan dan ingin mengenali tentang sesuatu benda yang baru. Begitulah dengan Kelab Kemahiran Hidup seorang bayi yang baru lahir dan ingin mendapat sambutan mesra daripada kakak dan abang.

Seperti yang kita sedia maklum, Kelab Kemahiran Hidup merupakan kelab yang baru(hanya berumur 3 tahun). Bagi meningkatkan kemasyhuran KKH, ahli-ahli jawatankuasa KKH telah mengemukakan beberapa cadangan yang bernas seperti mengadakan kem belajar, lawatan sambil belajar, menyertai dan memenangi pertandingan sama ada di SMJK Chan Wa ataupun luar sekolah, menubuhkan laman web yang terunik, mempromosikan KKH dengan sehebat-hebatnya di sekolah,dan lain-lain.

Untuk pengetahuan saudara dan saudari,KKH telah menyertai pertandingan kolam yang diadakan di sekolah pada 20.8.05(hari Sabtu). Dengan sukacita dimaklumkan bahawa KKH telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan kolam. Pada masa yang sama, saya sebagai naib pengerusi KKH telah merekakan satu laman web yang bercirikan forum. Alamat laman web : http://s13.invisonfree.com/KKH_SMJK_CW/index.php
Di samping itu , KKH akan mengadakan lawatan sambil belajar pada cuti sekolah penggal akhir.

Ringkasnya, KKH akan menjadi seorang yang masyhur biarpun di sekolah tetapi juga di seluruh negara. Biar ahli-ahli jawatankuasa 2005-2007 KKH memimpin Kelab Kemahiran Hidup ke arah mana jalan kegemilangan ditujukan kepada kami.

Comments